Bismillah.
Dengan lafaz ini saya mulakan sebuah perkongsian tentang seorang rijal yang
berjaya menggegar jika tidak hingga ketujuh petala lagit mahupun
seantero dunia, cukup sahaja jika hanya menggetar atma seorang nisa’. Saya yang diberi mandat ini.
"Budak
pandai semua ambil medik, ambil engine. Last2 kerja duduk bawah
pemerintah zalim dan jahil. Tak ramai yang cuba naik atas nak ubah sistem. Sepatutnya kita budak pandai ni yang ambil tampuk pemerintahan" – Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam.
|
Almarhum
digelar oleh sahabat-sahabatnya di Turki sebagai “Syahid yang
Tertangguh” setelah sekembalinya daripada satu misi kemanusiaan di Syria
dengan selamat pada Oktober 2013 yang lalu. Namun, rupanya
kesyahidannya tertebus pada tanggal 2 November 2013 waktu
tempatan.Asy-Syahid Ahmad Ammar ketika itu dalam perjalanan ke rumah
mahasiswa baru Malaysia dan Pattani untuk memberi sedikit pengisian tentang Risalah i-Nur. Saat
beliau ingin melintasi jalan raya, kaki beliau tergelincir disebabkan
jalan yang memang agaklicin.Sebuah ambulan terlanggar beliau dan terkena
pada bahagian bahu beliau.
Berikut merupakan garis masa sekitar kehidupan beliau sebelum syahid :
2006 – 2008 :Bersekolah di SAM Bestari, Subang Jaya.
2011 – 2013 :
Beliau
dihantar ke Turki oleh ibu bapanya bagi mendalami sejarah Turki
Uthmaniyyah dan melanjutkan pengajian di Universiti Ankara sebelum
malanjutkan pula pengajian di Universiti Marmara.Ketika menetap di
Madrasah Heyrat, Ankara,beliau turut mengikuti segala aktiviti yang
dianjurkan Heyrat serta mempelajari cara bermain seruling ney (instrumen muzik sufi di Turki yang menjadi kegemaran Jalaluddian ar-Rumi).
Beliau
menulis risalah i-Nur karangan Bediuzzaman Said Nursi dengan tulisan
tangan. Selain aktif dalam sukan sepak takraw, beliau turut melibatkan
diri dalam aktiviti kebudayaan. Terjemahan drama bersiri Turki bertajuk ‘Pride & Love’ disediakan
oleh arwah Ahmad Ammar di samping pernah menjadi penterjemah Bahasa
Melayu di Simposium Bediuzzaman Said Nursi.
JULAI 2013 – NOVEMBER 2013
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang yang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan dapati pengganti orang yang kamu tinggalkan,
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan,
Aku melihat air yang bertakung, mencemar kandungannya sendiri,
Sekiranya ialah mengalir,ia akan baik, sekiranya tidak mengalir , akan tercemar.
-petikan daripada Syair Imam Syafie
|
"Aku
sangat terkesan setelah membaca syair ini..lalu aku mula berfikir,aku
sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa. Mungkin sudah tiba masanya
aku mengorak langkah berkelana untuk melihat ciptaan di muka bumi milik
Sang Pencipta ini"– Ahmad Ammar bin Ahmad Azzam.
……………………………………………..
Bulan ini menyaksikan bermulanya satu pengembaraan yang dirancang sendiri oleh Allahyarham Ahmad Ammar.Antaranya :-
-Cannakale ,Turki : menyaksikan kubu pertahanan Uthmaniyyah daripada angkatan tentera laut Perancis dan Inggeris semasa Perang Dunia Pertama.
-Kemboja :Menjadi
sukarelawan semasa Ziarah Ukhuwwah Fil ‘Amal(ZULFA) pada Ramadhan 1434H
di samping melawat MuziumTuol Seng(bekas sekolah yang menjadi penjara
semasa zaman pemerintahan Khmer Rouge).
-Rohingya Education Centre, Klang:Turut serta dalam menjayakan Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan 1434H.
-Shah Alam,Selangor :
Membantu dalam menjayakan program Bedah Buku bertajuk ‘Yusuf Nada’ oleh
pengarangnya Douglas Thompson dan terlibat menjadi urusetia Himpunan
Solidariti Kemanusiaan yang dianjurkan pada 6 September 2013.
-Padang, Indonesia :Melawat
Muzium HAMKA dan beberapa bangunan bersejarah bagi menjiwai semangat
HAMKA, novelis besar Indonesia yang juga merupakan ulama’ , ahli
falsafah serta aktivis politik.
-Sik, Kedah :Tertunainya
impian almarhum untuk bermain sawah apabila di ajar cara membuat batas,
leveling petak sawah,menjala ikan dan mencuci saluran sawah oleh
Mejar(B) Zakaria.
-Turki :Antara kenangan terakhir bersama rakan ialah apabila membuat lawatan sekitarTurki termasuklah melawat makam NabiYushak.
-Syria :Mengikuti
misi bantuan kemanusiaan bersama Malaysia Lifeline For Syria selama 3
hari pada akhir bulan September 2013. Berikut kisah menarik ketika
almarhum di Syria.
Ketika
beliau bermalam di wad hospital diSyria ,beliau terdengar bunyi bom
yang sangat kuat. Beliau terus mengucap dan bersedia untuk syahid (salah
satu tujuan beliau ke Syria juga adalah untuk syahid). Setelah tiada
apa-apa yang berlaku,beliau terus tidur. Dalam tidurnya,beliau bermimpi
bertemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau ada
bertanya dengan sorang pemandu di Syria (kebetulan driver tu boleh cakap Inggeris sedikit-sedikit) "kenapa pemuda-pemuda di sini sangat berani dan mahu syahid?" Driver tu
jawab "pemuda disini dah tak pandang harta benda dan wanita,mereka
semua hanya tunggu syurga dan bidadari syurga, kerana itu mereka mahu
syahid". Beliau ceritakan apa yang beliau mimpi, driver tu kata "awak ni boleh mati syahid ni". -Muhammad Bin Ahmad Zahid
|
-Turki :Mula
digelar “Syahid Yang Tertangguh” setelah pulang ke Istanbul dengan
selamat. Beberapa hari sebelum beliau dipanggil ke pangkuan Ilahi,
Almarhum Ahmad Ammar dan Muhammad Bin Ahmad Zahid telah bertemu dalam
satu majlis makan malam di Çamlıca.Majlis
turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz.
Kebetulan, beberapa hari sebelum itu pula, Muhammad berkesempatan
bertemu dengan MenteriLuar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu( Arwah Ammar
sangat ingin berjumpa dengan Dr. Davut) . Beliau kata
Dr. Davut seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül,
Davutoğlu) sahaja sudah mampu menggerunkan musuh-musuh Turki. Malam itu
beliau bercakap lebih banyak dari biasa.
-> 2 November 2013 (waktu tempatan) : Beliau dilanggar oleh sebuah ambulans kerana kakinya tergelincir ketika hendak melintas jalan. Disahkan meninggal dunia di hospital. Sahabat-sahabat beliau turut berada di hospital bagi urusan forensik.
->3 November 2013 (waktu tempatan) : Jenazah dibawa keluar dari hospital ke Rumah Mayat Kozlu sejam sebelum ibu bapa arwah tiba di LapanganTerbang Ataturk. Sewaktu jenazah dibawa ke Masjid Eyub Sultan, azan Zohor sedang berkumandang. Ribuan manusia menyempurnakan solat jenazah untuknya. Khutbah selepas solat jenazah pula disampaikan oleh Omer Dongeloglu(penceramah terkenal di Turki). Penduduk tempatan ramai bersaingan sesama sendiri untuk membawa keranda jenazah ke perkuburan. Jenazah selamat disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn serta turut menempatkan sahabat Nabi S.A.W, Abu Ayub Al-Ansari R.A.
Mengapa kami hantar Ahmad Ammar keTurki,
bukanke Barat. Tika menyampai ucapan di Majlis Memperingati Ahmad Ammar
di Marmara Universiti dan dengan warga pelajar dan rakyat Malaysia di
Istanbul, aku mengatakan kerana Surah Ar Rum surah ke 30 dlm Al Quran
bicarasoal Constantinople, bukan di Itali, kerana Abu Ayub al Ansari,
Jalaluddin Rumi, Muhammad al Fatih, Khilafah Uthmaniyyah, Said Nursi, PM
Erdogan. Belajarlah di Turki. – Ahmad AzamAbRahman
|
Begitulah kata-kata bapa sang syahid. Jadi,
harapnya cebisan kisah Allahyarham Ahmad Ammar ini lebih membakar
semangat kita untuk terus berbakti dan lebih peduli pada umat.Juga
mengingatkan kita supaya berusaha menjadi golongan yang asing.
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihiwasallam bersabda:بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam muncul dalam keadaan asing, dunia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim no. 208) |
Wallahua’lam.
Muuqinah Binti Samsuri,
Kolumnis Isu Semasa.
Rujukan:
-Profil Facebook : Ahmad Ammar ,NurAzlina (ibuarwah) , Ahmad Azam Ab Rahman(bapa arwah) .
-Page : Şehıdımız Ahmad Ammar
-Youtube :‘Ahmad Ammar dalam Kenangan(1993-2013)’ , ‘Pabila Ammar bertemu Bidadarinya(part 1)’
-Blogger :Saiful Islam.com milik Ustaz Hasrizal