Thursday, November 28, 2013

Şehıdımız Ahmad Ammar: Pemergiaannya Dicemburui (by Pmmm Media)



Bismillah.
Dengan lafaz ini saya mulakan sebuah perkongsian tentang seorang rijal  yang berjaya menggegar jika tidak hingga ketujuh petala lagit mahupun seantero dunia, cukup sahaja jika hanya menggetar atma seorang nisa’. Saya yang diberi mandat ini.

"Budak pandai semua ambil medik, ambil engine. Last2 kerja duduk bawah pemerintah zalim dan jahil. Tak ramai yang cuba naik atas nak ubah sistem. Sepatutnya kita budak pandai ni yang ambil tampuk pemerintahan" – Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam.
Almarhum digelar oleh sahabat-sahabatnya di Turki sebagai “Syahid yang Tertangguh” setelah sekembalinya daripada satu misi kemanusiaan di Syria dengan selamat pada Oktober 2013 yang lalu. Namun, rupanya kesyahidannya tertebus pada  tanggal 2 November 2013 waktu tempatan.Asy-Syahid Ahmad Ammar ketika itu dalam perjalanan ke rumah mahasiswa baru Malaysia dan Pattani untuk memberi sedikit pengisian tentang Risalah i-NurSaat beliau ingin melintasi jalan raya, kaki beliau tergelincir disebabkan jalan yang memang agaklicin.Sebuah ambulan terlanggar beliau dan terkena pada bahagian bahu beliau.
Berikut merupakan garis masa sekitar kehidupan beliau sebelum syahid :

2006 – 2008 :Bersekolah di SAM Bestari, Subang Jaya.
2009 – 2010:Melanjutkan pengajian di MaktabTentera Diraja ( RMC ) di Kuala Lumpur.
2011 – 2013 :
Beliau dihantar ke Turki oleh ibu bapanya bagi mendalami sejarah Turki Uthmaniyyah dan melanjutkan pengajian di Universiti Ankara sebelum malanjutkan pula pengajian di Universiti Marmara.Ketika menetap di Madrasah Heyrat, Ankara,beliau turut mengikuti segala aktiviti yang dianjurkan Heyrat serta mempelajari cara bermain seruling ney (instrumen muzik sufi di Turki yang menjadi kegemaran Jalaluddian ar-Rumi).
Beliau menulis risalah i-Nur karangan Bediuzzaman Said Nursi dengan tulisan tangan. Selain aktif dalam sukan sepak takraw, beliau turut melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan. Terjemahan drama bersiri Turki bertajuk ‘Pride & Love’ disediakan oleh arwah Ahmad Ammar di samping pernah menjadi penterjemah Bahasa Melayu di Simposium Bediuzzaman Said Nursi.                     
                                    
JULAI 2013 – NOVEMBER 2013
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang yang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan dapati pengganti orang yang kamu tinggalkan,
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan,
Aku melihat air yang bertakung, mencemar kandungannya sendiri,
Sekiranya ialah mengalir,ia akan baik, sekiranya tidak mengalir , akan tercemar.
-petikan daripada Syair Imam Syafie
                                 
"Aku sangat terkesan setelah membaca syair ini..lalu aku mula berfikir,aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa. Mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah berkelana untuk melihat ciptaan di muka bumi milik Sang Pencipta ini"– Ahmad Ammar bin Ahmad Azzam.
                                                ……………………………………………..
            Bulan ini menyaksikan bermulanya satu pengembaraan yang dirancang sendiri oleh Allahyarham Ahmad Ammar.Antaranya :-
-Cannakale ,Turki : menyaksikan kubu pertahanan Uthmaniyyah daripada angkatan tentera laut Perancis dan Inggeris semasa Perang Dunia Pertama.
-Kemboja :Menjadi sukarelawan semasa Ziarah Ukhuwwah Fil ‘Amal(ZULFA) pada Ramadhan 1434H di samping melawat MuziumTuol Seng(bekas sekolah yang menjadi penjara semasa zaman pemerintahan Khmer Rouge).
-Rohingya Education Centre, Klang:Turut serta dalam menjayakan Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan 1434H.
-Shah Alam,Selangor : Membantu dalam menjayakan program Bedah Buku bertajuk ‘Yusuf Nada’ oleh pengarangnya Douglas Thompson dan terlibat menjadi urusetia Himpunan Solidariti Kemanusiaan yang dianjurkan pada 6 September 2013.
-Padang, Indonesia :Melawat Muzium HAMKA dan beberapa bangunan bersejarah bagi menjiwai semangat HAMKA, novelis besar Indonesia yang juga merupakan ulama’ , ahli falsafah serta aktivis politik.
-Sik, Kedah :Tertunainya impian almarhum untuk bermain sawah apabila di ajar cara membuat batas, leveling petak sawah,menjala ikan dan mencuci saluran sawah oleh Mejar(B) Zakaria.
-Turki :Antara kenangan terakhir bersama rakan ialah apabila membuat lawatan sekitarTurki termasuklah melawat makam NabiYushak.
-Syria :Mengikuti misi bantuan kemanusiaan bersama Malaysia Lifeline For Syria selama 3 hari pada akhir bulan September 2013. Berikut kisah menarik ketika almarhum di Syria.

Ketika beliau bermalam di wad hospital diSyria ,beliau terdengar bunyi bom yang sangat kuat. Beliau terus mengucap dan bersedia untuk syahid (salah satu tujuan beliau ke Syria juga adalah untuk syahid). Setelah tiada apa-apa yang berlaku,beliau terus tidur. Dalam tidurnya,beliau bermimpi bertemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau ada bertanya dengan sorang pemandu di Syria (kebetulan driver tu boleh cakap Inggeris sedikit-sedikit) "kenapa pemuda-pemuda di sini sangat berani dan mahu syahid?" Driver tu jawab "pemuda disini dah tak pandang harta benda dan wanita,mereka semua hanya tunggu syurga dan bidadari syurga, kerana itu mereka mahu syahid". Beliau ceritakan apa yang beliau mimpi, driver tu kata "awak ni boleh mati syahid ni".  -Muhammad Bin Ahmad Zahid

-Turki :Mula digelar “Syahid Yang Tertangguh” setelah pulang ke Istanbul dengan selamat. Beberapa hari sebelum beliau dipanggil ke pangkuan Ilahi, Almarhum Ahmad Ammar dan Muhammad Bin Ahmad Zahid telah bertemu dalam satu majlis makan malam di Çamlıca.Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kebetulan, beberapa hari sebelum itu pula, Muhammad berkesempatan bertemu dengan MenteriLuar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu( Arwah Ammar sangat ingin berjumpa dengan Dr. Davut) . Beliau  kata Dr. Davut seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja sudah mampu menggerunkan musuh-musuh Turki. Malam itu beliau bercakap lebih banyak dari biasa.

-> 2 November 2013 (waktu tempatan) : Beliau dilanggar oleh sebuah ambulans kerana kakinya tergelincir ketika hendak melintas jalan. Disahkan meninggal dunia di hospital. Sahabat-sahabat beliau turut berada di hospital bagi urusan forensik.

->3 November 2013 (waktu tempatan) : Jenazah dibawa keluar dari hospital ke Rumah Mayat Kozlu sejam sebelum ibu bapa arwah tiba di LapanganTerbang Ataturk. Sewaktu jenazah dibawa ke Masjid Eyub Sultan, azan Zohor sedang berkumandang. Ribuan manusia menyempurnakan solat jenazah untuknya. Khutbah selepas solat jenazah pula disampaikan oleh Omer Dongeloglu(penceramah terkenal di Turki). Penduduk tempatan ramai bersaingan sesama sendiri untuk membawa keranda jenazah ke perkuburan. Jenazah selamat disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn serta turut menempatkan sahabat Nabi S.A.W, Abu Ayub Al-Ansari R.A.

Mengapa kami hantar Ahmad Ammar keTurki, bukanke Barat. Tika menyampai ucapan di Majlis Memperingati Ahmad Ammar di Marmara Universiti dan dengan warga pelajar dan rakyat Malaysia di Istanbul, aku mengatakan kerana Surah Ar Rum surah ke 30 dlm Al Quran bicarasoal Constantinople, bukan di Itali, kerana Abu Ayub al Ansari, Jalaluddin Rumi, Muhammad al Fatih, Khilafah Uthmaniyyah, Said Nursi, PM Erdogan. Belajarlah di Turki. – Ahmad AzamAbRahman
Begitulah kata-kata bapa sang syahidJadi, harapnya cebisan kisah Allahyarham Ahmad Ammar ini lebih membakar semangat kita untuk terus berbakti dan lebih peduli pada umat.Juga mengingatkan kita supaya berusaha menjadi golongan yang asing.

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihiwasallam bersabda:بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam muncul dalam keadaan asing, dunia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim no. 208)

Wallahua’lam.
Muuqinah Binti Samsuri,
Kolumnis Isu Semasa.
Rujukan:
-Profil Facebook : Ahmad Ammar ,NurAzlina (ibuarwah) , Ahmad Azam Ab Rahman(bapa arwah) .
-Page Şehıdımız Ahmad Ammar
-Youtube :‘Ahmad Ammar dalam Kenangan(1993-2013)’ , ‘Pabila Ammar bertemu Bidadarinya(part 1)’

-Blogger :Saiful Islam.com milik Ustaz Hasrizal

Diselia oleh

PmmmMedia
Portal Rasmi Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi [PMMM].

Monday, November 25, 2013

Semua catatan ini ditulis oleh Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail (Abu Akhyar Al-Qudsi) -As-Syahid Ahmad Ammar-

Selasa, November 26, 2013

As-Syahid Ammar: Cay Istanbul, Tiupan Ney dan Kuntuman Nostalgia.


Logo Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Saudara Khairul Anwar, ketika menyampaikan ceramah berkenaan krisis di Syria dan cabaran umat terhadap isu-isu berkaitan hak asasi di Kolej Universiti INSANIAH, Kedah. 
Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Undang-Undang) ABIM.
Gambar ini adalah kenangan kami ‘iftar’ (berbuka puasa) di Istanbul pada bulan Ramadhan yang lepas. Rupa-rupanya, iftar ini ialah iftar terakhir Ammar di bumi Uthmaniah, kerana esok pagi Ammar pulang ke Malaysia bersama dua orang lagi sahabat; iaitu Budin dan Ziyad untuk menyambung puasa dan berHari Raya di Malaysia.
2012: Saudara Halil Ibrahim dan Asy-Syahid Ammar, ketika sedang mempelajari cara bermain alat muzik tradisional Turkey, Ney.
Cay yang berlatar-belakangkan Istanbul. Sayu.
‘Cay’, sejenis minuman teh yang popular di Turki, Albania dan Kosovo. Dalam bahasa Arab, teh disebut sebagai ‘Shay’.
* Semua catatan ini ditulis oleh Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail (Abu Akhyar Al-Qudsi) di dalam FB beliau. Beliau merupakan sahabat baik kepada Asy-Syahid Ammar dan mereka bersama-sama menetap di bawah penjagaan Hayrat Vakfi di Madrasah Hayrat di Turki. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD berkaitan Sejarah Uthmaniah.
I
Ammar... Rindu padamu wahai adindaku, Ahmad Ammar...
Saya fikir, saya sudah mahu berhenti menulis pasal Ammar, ditakuti hanya menambah kesedihan. Tetapi, semua kenangan bersama Ammar kelihatannya seperti masih hidup dan segar, terutama apabila melihat gambar-gambar lama bersamanya. Rupa-rupanya, pemergian Ammar ditangisi seluruh penduduk bumi. Inilah kuasa Allah untuk mengangkat dan memuliakan sesiapa sahaja yang Allah kehendaki.
Ammar sudah dua tahun tidak balik dan dua kali raya tidak beraya bersama keluarga. Iftar ini juga untuk meraikan dua orang sahabat kami dari Jordan. Malam tersebut juga malam kesedihan buat saya, sebelum melepaskan mereka pergi pulang berHari Raya, sementara saya tinggal di bumi Uthmaniah berseorangan, di bawah penjagaan Hayrat Vakfı dan penjagaan Allah Taala; untuk meneruskan perjuangan di bumi Uthmaniah ini di bulan Ramadhan dan Syawal yang lepas.
Sebelum itu, saya menemani Ammar ke Panorama untuk membelikan buku untuk Abahnya (Tuan Haji Ahmad Azammantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH). Di Turki, terlampau susah untuk mencari buku di dalam bahasa Inggeris, tetapi waktu itu hanya tinggal satu di Panorama. Buku terjemahan bertajuk ‘Ottoman History, Misperceptions and Truths’.

Malam itu selepas iftar, saya dan Ammar ke Beyazid pula untuk membeli buku ‘Ottoman Civilization’ (2 Jilid); juga untuk Abahnya. Ini sebahagian hadiah kegembiraan untuk Abahnya dari bumi Uthmaniah untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Hari tersebut adalah hari terakhir Ammar berpuasa di bumi Uthmaniah, iftar terakhir di bumi Uthmaniah, dan Tarawikh terakhir di bumi Uthmaniah. Tetapi, kuasa Allah, selepas mati, jasadnya bersemadi di bumi Uthmaniah ini buat selama-lamanya -- berjirankan sahabat Nabi yang mulia Abu Ayyub al-Ansori, dan berjirankan juga dengan para Syuhada' dan Solihin.

Ammar memakai serban. Bening dan damai...
Pesanan Saudara Sami Yildirim, seorang Vakif dalam Organisasi Hayrat Vakfi, berkenaan Asy-Syahid Ammar kepada Saudara Anwar.
Saudara Anwar dan nostalgia Asy-Syahid Ammar.
II
Ammar... Rindu padamu wahai adindaku, Ahmad Ammar...
Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematiannya, sangat luar biasa; sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya. 
Saya terpanggil untuk menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama-sama di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada identiti atau ‘trademark’ tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video dan gambar, mereka memakai kopiah hijau dan berserban putih. 
Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu: 
  1. Menjaga hubungan dengan Allah; dan 
  2. Menjaga hubungan dengan manusia. 
Pelajar-pelajar Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama-asrama kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Namun, ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh yang demikian, penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti. 
Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan Indonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan.
Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yang dia senangi ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif-vakif daripada Hayrat, kalau nak mencari pelajar Malaysia pun; mereka tetap mencari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar-pelajar lain terlebih dahulu. 
Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama-asarama kerajaan. Waktu siang, semua sibuk di universiti masing-masing dengan aktiviti-aktiviti berbeda. Waktu malam akan ada pengajian Kitab ‘Risalah an-Nur’, solat berjamaah, dan rutin-rutin lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah.
Antara rutin-rutin yang baik lagi ialah Solat Sunat Qobliah dan Ba’diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti Solat Fardhu. Begitu juga Solat Tahajjud; seperti sudah menjadi seperti Solat Fardu. Di madrasah ini, hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini. 
Semua ciri-ciri pembentukan Al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah ‘batch’ pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan, tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya. 
Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak Al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali, Ammar lah Al-Fateh (Pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa-jiwa yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut. 
Berita pemergian Ammar turut dilaporkan oleh media arus perdana.
Damai... Subhanallah.
Kelihatan peluh masih keluar pada bahagian dahi dan kelopak Ammar, selepas dimandi dan dikafankan.
Kempen #letsfollowammar.
III
Ammar... Rindu padamu wahai adindaku, Ahmad Ammar...

Memang saya tidak tertahan untuk tidak menulis mengenai Ammar, maafkan saya. Tetapi kali ini, atas permintaan istimewa Naqib kami yang kami kasihi, iaitu Sami Yıldırım, juga sebagai Guru Risalah an-Nur kami di Madrasah Hayrat Vakfi, untuk menyampaikan mesej Kempen #letsfollowammar kepada seluruh rakyat Malaysia. Sami Yildirim dalam Organisasi Hayrat Vakfi Turki adalah seorang Vakif iaitu orang yang mewakafkan keseluruhan dirinya untuk Dakwah, dan di dalam Organisasi Hayrat beliau diamanahkan untuk menjaga pelajar-pelajar antarabangsa di Turki yang diamanahkan di bawah penjagaan Hayrât Vakfı.
Berikut ialah mesejnya yang saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu:
Guru Ammar di Yayasan Hayrat berkata: seluruh rakyat Malaysia baik yang tua, yang muda, kanak-kanak, lelaki mahupun wanita, mestilah mengikuti dan mencontohi apa yang telah Ammar ikuti. Iaitu (pengajian) Risalah an-Nur.”
Untuk membentuk Ammar ini terdapat tiga jenis pembentukan sebagai pakej, iaitu:
  1. Pembentukan intelek;
  2. Pembentukan ruhani/jiwa; dan
  3. Pembentukan akhlak/sahsiah.
Kecemerlangan akademik sahaja tidak sempurna malah tidak bermakna sekiranya kontang ruhani dan miskin akhlak. Maka madrasah inilah yang telah dicadangkan oleh ayahanda Ammar, sebagai pelengkap pakej pembentukan peribadi Ammar, di mana saya juga turut tumpang sekaki.
Tidak adil di dalam memberikan penghargaan semata-mata kepada Universiti Marmara selain memberi penghargaan kepada Madrasah Hayrat. Universiti Marmara hanya memberikan keperluan akademik, sedangkan di Turki, madrasah inilah yang menyediakan dua lagi keperluan yang lain. Setelah kesemua keperluan tersebut terlebih awal diberikan asasnya oleh institusi keluarganya di Malaysia.
Selain daripada rutin-rutin harian yang telah saya sebut pada tulisan terdahulu, pengajian utama ialah pengajian kitab Risalah an-Nur, yang terdiri daripada beberapa koleksi kitab yang ditulis oleh Imam besar di abad ini, dan dianggap sebagai Mujaddid, iaitu Imam Bediuzzaman Said Nursi.
Ketika kitab ini ditulis, iman masyarakat telah hancur kerana Ruh Islam pada waktu itu telah dicabut oleh Mustafa Kamal Attarturk, dan Imam Bediuzzaman Said Nursi pada ketika itu telah cuba menyembuhkan dan merawat keadaan ini dengan menulis Risalah an-Nur yang merupakan penawar daripada konsep-konsep Al-Quran, walaupun beliau terpenjara di penjara Mustafa Kamal Attarturk, dan ketika matinya jasad beliau turut dirampas oleh tentera Attarturk sehinggakan sehingga kini tiada diketahui di manakah tersembunyinya jasad beliau.
Kata-kata popular Imam Bediuzzaman Said Nursi seperti berikut: “Demi menyelamatkan Iman masyarakat, aku telah mengorbankan kehidupan dunia dan akhiratku. Kerana, iman itulah tiang utama masyarakat Islam; kalau itu tiada maknanya, masyarakat pun runtuh”.
Ammar pula merupakan penuntut yang tekun dan rajin. Bukan sahaja tekun mendalami ilmu sejarah Uthmaniah di Universiti Marmara, tetapi juga tekun di dalam mempelajari dan menghayati pembelajaran Kitab Risalah an-Nur di Madrasah Hayrat. 
Pernah satu kali Ammar selepas tamat peperiksaan akhir di Marmara Universiti, Ammar telah ‘mengkuarantinkan’ dirinya selama seminggu di Madrasah Hayrat di Suleymeniyye tempat saya menginap, untuk benar-benar menekuni dan memahami Kitab Risalah An-Nur, kerana pada waktu itu Ammar akan menjalani pula peperiksaan lisan, yang akan mengujinya pada waktu itu ialah Sami Yildirim.

Hairan saya dengan Ammar, kerana pemuda-pemudi seperti dia tentunya mahukan kebebasan, dan kebiasaannya pelajar-pelajar universiti apabila tamat peperiksaan bermakna tempoh bersuka ria telah bermula, tetapi tidak bagi Ammar, yang mana tempoh tersebut adalah tempoh menelaah Risalah an-Nur dan berbakti pada umat.
Di Madrasah ini, saya selalu menyebut padanya bahawa Ammar lebih Turki daripada orang-orang Turki, kerana pencapaiannya sentiasa lebih baik dan lebih cemerlang berbanding orang-orang Turki. Malah di dalam beberapa ketika pencapaian Ammar ialah sempurna iaitu 100% sedangkan orang Turki sendiri tidak dapat mencapai taraf kesempurnaan tersebut apatah lagi bukan orang Turki.
Dan saya bertambah yakin ciri-ciri pembentukan al-Fateh ada di sini dan Ammar sedang laluinya. Sepertimana saya telah sebut pada posting sebelum ini, terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak Al-Fateh dan watak Abu Ayyub al-Ansori.
Ya, Ammar lah Al-Fateh tersebut (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut.

Asy-Syahid Ammar menyantuni anak buahnya, sebelum kembali ke Turki buat kali terakhir. Al-Fatihah sekudusnya. Sekudusnya.
Antara foto terakhir Ammar di bumi Malaysia, sebelum berlepas ke Turki.
Ammar dan Saudara Anwar bersama dua lagi sahabat, menikmati kedamaian bumi Turki.
Ammar bersama para sahabat di Turki. Disenangi semua pihak.
Dua pejuang, satu cita-cita.
Gemar membantu ibunya.
Puan Hajjah Nur Azlina dan Tuan Haji Ahmad Azzam, menyampaikan ucapan dalam satu majlis memperingati Ammar di Turki.
IV
Ammar... Rindu padamu wahai adindaku, Ahmad Ammar...

Çay dan Turki, Turki dan Çay, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Tapi selepas ini tiada lagi Çay bersama-sama Ammar. Barangkali Ammar sedang menikmati air yang lebih enak daripada ini. 
Dalam kalangan pengkaji Uthmaniah, barangkali sayalah yang paling tua selain daripada Ustaz Hasrizal Jamil, dan İbrahim. Sepertimana Ammar yang lari bidang daripada bidang sains kepada bidang sejarah Uthmaniah, saya juga begitulah.
Saya pengamal Undang-Undang yang tegar. Ijazah pertama dan İjazah kedua saya ialah bidang undang-undang tulen, tetapi ijazah ketiga sekarang tidak lagi tulen. Kerana rupa-rupanya, sejarah Uthmaniah lebih mempesonakan.
Walaupun saya jauh beza umur dengan Ammar, tapi faktor Ammar tetap memainkan peranan, sebab itu, apabila saya mula-mula sampai Turki akan cari Ammar dulu, dan saya belum sampai Turki pun Ammar dah tanya saya dulu. 
Sewaktu mula-mula saya baru merangkak belajar bahasa Turki, Ammar lah yang meminjamkan notanya yang bertulisan tangan. Ada dua makalah akademik karangan Ilber Ortaylı yang sempat juga saya pohon Ammar bacakan dan terjemahkan
Segala makalah Sejarah Uthmaniah di dalam komputer riba nya telah saya ambil. Sempat juga mengheret Ammar ke sana ke mari ke kedai buku minta dibacakan judul buku dan penerangan buku selain beberapa orang lagi adik yang lain turut menjadi mangsa ke kedai buku iaitu adindaku Halim Bohari, Syafiq Abu Jibril, selain Muhd Saifuddin Shaharuddindan Ibrahim Zaini. Semoga Allah merahmatimu Ahmad Ammar dan semoga Allah merahmati kalian juga. 
Dulu, saya selalu fikir bahawa Ammar bakal menjadi sejarawan Uthmaniah berbangsa melayu yang ulung yang sedang dibikin di bumi Uthmaniah ini, rupanya aturan Allah adalah lebih baik daripada aturan manusia. Allah mengangkat namanya dan namanya menjadi ulung selepas mati. InshaAllah Ammar ini akan melahirkan Ammar-Ammar yang lain. dan semakin eratlah hubungan Tanah Melayu-Nusantara dan bumi Uthmaniah ini selagi mana bersemadinya jasad Ammar di bumi ini.
Berbahagialah di sana wahai adindaku Ahmad Ammar; bersama bidadari Syurga yang Allah kurniakan buatmu.
Al-Fatihah buatmu.

Yang benar,
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Undang-Undang) ABIM
merangkap Sahabat Ammar.

Friday, November 22, 2013

LAGI MENGENAI ARWAH AHMAD AMMAR... KISAH MU JADI TELADAN KPD SEMUA UMAT ISLAM...

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE

Wednesday, November 20, 2013

rezeki datang dari hasil kerja ku...

sumber rezeki ku...



:: AHMAD AMMAR ::

Thursday, November 21, 2013

Ahmad Ammar, Kisah Syahid Yang Tertangguh

Ahmad Ammar, Kisah Syahid Yang Tertangguh |  "Syahid Yang Tertangguh ", begitulah gelaran yang diberi oleh rakan allahyarham Ahmad Ammar. Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya ketika Awal Muharram di Istanbul, Turki.

Ahmad Ammar, Kisah Syahid Yang Tertangguh

Berikut adalah salinan/olahan dari beberapa artikel dari laman web yang menceritakan serba sedikit tentang biodata dan kisah ringkas allahyarham Ahmad Ammar.

Ahmad Ammar telah memilih bidang sejarah di Universiti  Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan ibunya Puan Nur Azlina Aziz. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).


Ahmad Ammar merupakan pelajar yang sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. 


Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.

Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad dalam angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.  Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?


Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan. Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Ahmad Ammar, Kisah Syahid Yang Tertangguh

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!

Al-Fatihah.

Ahmad Ammar, Kisah Syahid Yang Tertangguh

“Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.  (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” -al-imran:185

“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
 – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H –